Saturday 30 April 2011

BEGINI CARA NAK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN .....


Set Fikiran Kena Betul & Ikhlas
Apa yang saya lihat untuk sukses anda perlu mempunyai MIND SET yang betul

contoh: Orang lain yang banyak menghasilkan income boleh berjaya dan kenapa mereka berjaya sedangkan aku masih tahap begini, aku pun boleh ikut jejak mereka untuk berjaya. Kalau bereka boleh hasilkan income sehari RM500 kenapa aku tak boleh hasilkan income RM1000?

Jadinya untuk berjaya, syarat pertama ialah anda kena ubah persepsi minda anda!

Kena cakap selalu I’m Still The Best atau Akulah orang yang paling terbaik dan terhebat dalam muka bumi ini. 


Dengan Siapa Anda Berkawan dan Buku Apa Yang Anda Baca                       

Mencapai sukses dan Kejayaan anda mesti bergantung kepada:1. Usaha yg gigih, berlipat ganda dan yang paling terbaik dari anda

2. Siapa kawan anda sekarang ? (Penasihat dan Pendorong kecermelangan)
3. Buku apa yg anda baca ? (Memperlajari Ilmu yang anda sendiri tak mahir dan membina keyakinan diri)

Mana mana orang yang berjaya di muka dunia ini mesti melalui pengalaman pahit manis dan jika hendak berjaya WAJIB kena usaha gigih tanpa kenal erti penat.

Antara petua berjaya ialah penting untuk anda mempunyai rakan/kawan yg biasanya menjadi “jurulatih” atau penasihat yg boleh membantu anda maju atau berjaya dalam perniagaan anda dan juga pendorong untuk anda berkeyakinan tinggi.

Nasihat dari saya, cedoklah ilmu dari orang-orang yg berjaya. Ikuti cara prospek mereka, contohnya jika anda inginkan pendapatan RM100,000 sebulan- anda harus cari mentor/coach/rakan yg sememangnya berpendapatan sedemikian. Anda dapat pelajari dari beliau dan berjaya seperti beliau.

Tidak ramai yg suka membaca. Jangan silap!! Buku adalah hasil ilham pemikiran penulis. Pembacaan buku boleh membentuk minda. Berapa banyak buku anda baca dalam setahun? tidak cukup dgn membaca….berapa banyak yg anda dapat lakukan dgn apa yg anda baca..?
(p/s: saya cuba membaca 1 buku baru setiap bulan. 12 bulan=12 buku, 10 tahun=120buku, belum cukup banyak. Kebanyakan jutawan banyak membaca buku-mereka ada library di rumah mereka, bukan koleksi video!) 

 Zakat ( Menyucikan harta dan pendapatan untuk org ISLAM)
Amalkan mengeluarkan zakat setelah mendapat income hasil dari perniagaan anda Zakat dan sedekah adalah perkara yang perlu untuk menyucikan diri kita dari sifat-sifat buruk dan juga menyucikan harta kita.Untuk orang islam yang berniaga tak kira secara MLM, internet, jualan langsung mahupun mempunyai premis perniagaan sendiri saya berpesan pada diri saya sendiri dan pembaca blog ini supaya keluarkan zakat dan juga digalakkan bersedekah.

InsyaAllah hidup kita lebih berkat, income bertambah dan perniagaan makin maju…amin.

Menetapkan TARGET atau MATLAMAT
Secara logiknya ramai orang gagal dalam perniagaan mahupun kehidupan kerana mereka tidak mempunyai TARGET! Jika anda nak berjaya anda harus menetapkan TARGET.

Sesuatu target harus spesifik…contoh: “Dengan modal RM40 dalam 3 bulan mesti menjadi RM40,000″

Dulu pada zaman saya sekolah cikgu selalu berpesan, apabila anda dah ada target, langkah seterusnya ialah bekerja keras untuk mencapai target tersebut. Cikgu saya pernah berpesan juga anda harus tabah menghadapi segala rintangan atau halangan di sepanjang perjalanan untuk mencapai Target anda.

Gud Luck !! 

Sanggup menghadapi ujian dan cabaran untuk berjaya
Apabila anda membuat keputusan untuk berniaga, Ucap selamat saya yang utama ialah ” WELCOME TO THE CLUB ” . Kenapa ? kerana anda akan 200% menempuh ujian dan cabaran serta rintangan yang perlu anda tempuhi.Ramai orang ingin BERJAYA dan SENANG LENANG, sama ada dalam perniagaan, pekerjaan, pelajaran, percintaan, kekeluargaan dan sebagainya.

Contoh untuk berjaya dalam percintaan anda sanggup buat apasahaja untuk memenangi hati sidia, dalam pekerjaan pula sanggup buat OT siang malam bekerja untuk mendapat gaji lebih. sama juga hal kekeluargaan anda sanggup bekorban apa sahaja janji kehidupan isi rumah senang dan selesa.

Dalam perniagaan???? anda bagaimana? boleh ke tidak?Apakah anda perlu buat untuk mencapai Kejayaan? Sebagai seorang muslim, kita sentiasa diseru ke arah kejayaan (melalui seruan azan 5 kali sehari).

Saya melihat, orang-orang yg berjaya dalam karier mereka memang mempunyai KEINGINAN yang KUAT untuk berjaya. Mereka sanggup hadapi dugaan dan cabaran dalam perjalanan menuju kejayaan.

Dalam bisnes MLM, internet dan beberapa bisnes yg saya pernah terlibat, saya melihat ramai yg gagal kerana TIDAK SANGGUP menghadapi segala ujian dan cabaran yg mendatang.

Baru buat bisnes 2-3 minggu dah nak give-up/frust… dan pengecut cabut lari 

Orang Berjaya sentiasa mencari jalan dan berusaha ke arah kejayaan dan mereka SANGGUP hadapi segalanya demi mencapai cita-cita mereka. 



::Petikan dari http://citrasupply.wordpress.com:: 
 
 
 

8 comments:

suren said...

good.This MLM business is about your own self. We will go down and go up, this how this business is work. strong ''WHY'' will keep motivate and reach the finishing line. See yourself at top.

suren
USANA Health Sciences

Bayah said...

yeapp!! nak jadi usahawan berjaya kena kena ada semangat yang tinggi! Dalam apa jua keadaan, semangat tak boleh luntur.. :-)

Unknown said...

tipsnya mmg bgs mlh sm yg sy bljr dgn mentor sy..skrg tgh nk maju lg dlm bisnes online.sy xkn pts asa;)

Unknown said...

tips yang sangat bags. thanks dear for sharing..

mamaorg said...

Terima Kasih atas perkongsian yang sangat menaikkan semangat ini.

Unknown said...

Tips yang sangt bgus.. Sgt2 bermanfaat.. Terima kasih share..

Unknown said...

Tips yang sangt bgus.. Sgt2 bermanfaat.. Terima kasih share..

Anonymous said...

Di sini ialah Benjamin hubungi butiran E-mel, lfdsloans @ outlook.com. / lfdsloans@lemeridianfds.com Atau Whatsapp +1 989-394-3740 yang membantu saya dengan pinjaman 90.000.00 Euro untuk memulakan perniagaan saya dan saya sangat berterima kasih, Sungguh susah bagi saya di sini cuba untuk membuat jalan sebagai ibu tunggal perkara-perkara tidak mudah dengan saya tetapi dengan bantuan Le_Meridian meletakkan senyuman di wajah saya kerana saya menonton perniagaan saya semakin kuat dan berkembang juga. Saya tahu anda mungkin mengejutkan mengapa saya meletakkan perkara seperti ini di sini tetapi saya benar-benar perlu menyatakan saya terima kasih supaya sesiapa yang mencari bantuan kewangan atau mengalami kesulitan dengan perniagaan yang ada atau ingin memulakan projek perniagaan dapat melihat ini dan memiliki harapan untuk keluar dari kesulitan .. Terimakasih.