Saturday 14 April 2012

Istimewanya Wanita....

Kalau kita tengok trend sekarang nie....ramai dikalangan kaum wanita dah menceburi perniagaan melalui internet……semakin ramai berlumba2 mencari rezeki melalui perniagaan dan memilih untuk menjadi usahawan. Ada antara mereka bermula seawal umur 20-an dan ada pula yang berhenti kerja untuk memulakan perniagaan…..dan yang membanggakan adalah, ramai yang Berjaya…




Jadi apa kelebihan yang ada pada kita sebagai wanita untuk menjadi usahawan??? Jom kita tgok beberapa kelebihan yang ada kat kita yang mungkin kita tak sedar selama nie...

1. Tabah
Jika seorang suami pernah melihat isteri melahirkan anak, msti tahu kan bagaimana kuasa yang ada pada seorang wanita untuk menghadapi segala keperitan dan juga kesakitan. Begitu juga dalam perniagaan, wanita mudah untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. Mereka mudah menyesuaikan diri dalam keadaan jatuh bangun sesuatu perniagaan.

2. Wanita sebagai Media Sosial
Wanita nie memang terkenal sebagai ‘natural networkers’, kita nie suka sangat berbual dan berkawan dengan ramai orang. Dalam situasi perniagaan hari ini yang melihatkan trend peningkatan pengaruh media sosial, wanita mempunyai kelebihan dalam hal tersebut. Kita boleh lihat bagaimana wanita menguasai facebook dan juga twitter.



3. Sabar
Dalam situasi perniagaan hari ini, kita takkan boleh menjadi kaya dalam sebulan dua. kita perlu bergerak dengan perlahan dan konsisten. Untuk bergerak begini, memerlukan kesabaran yang tinggi. Sekali lagi wanita mempunyai kelebihan dari aspek ini. Wanita memang terkenal sebagai individu yang sabar.

4. Mengikut Rasa Hati
Wanita membuat keputusan berdasarkan perasaan hati. Jika mereka memahami objektif perniagaan dan mengunakan kelebihan ini untuk membuat keputusan perniagaan, selalu keputusan yang dibuat adalah betul. Dalam perniagaan hari ini, anda perlu pantas untuk mengenali perasaan seseorang pelanggan dengan baik dan menguasainya.


5. Multi-tasking
Wanita mudah untuk melakukan beberapa tugas dalam satu masa yang sama. Malah mereka mampu membuat yang terbaik dalam semua bidang. Cuba tgok mak kita sendiri sudah la kan..., dia mampu memasak, mengemas rumah, menyediakan pakaian, menghias rumah, membeli barang makanan, menjaga anak dan berfacebook, semua ini dilakukan dalam satu hari yang sama dan setiap hari. Kalau amik contoh diri aku sendiri lak sebagai seorang isteri, pekerja korporat syarikat swasta, guru pada anak2 di rumah, motivator di rumah dan di ofis & now tgh wat business part time...




6. Wanita pembeli terbesar
Hanya wanita memahami wanita. Memandangkan wanita adalah orang yang paling banyak membeli-belah, maka penjual wanita mempunyai kelebihan yang besar. Mereka memahami kehendak dan karenah pelanggan wanita. Wanita lebih suka membeli dengan wanita lain, ini kerana mereka tahu, hanya wanita memahami wanita.

Sebagai info, usahawan wanita berkembang dengan kadar 2 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan lelaki. Lagi pula wanita memenuhi universiti tempatan, jika dilihat dalam bidang perniagaan, hampir 3/4 daripada kelas di universiti dipenuhi pelajar wanita. Mungkin lagi 20-30 tahun lagi usahawan wanita akan mengatasi lelaki dalam bidang perniagaan.

Jadi wahai wanita-wanita diluar sana, kita tidak perlu risau untuk memulakan perniagaan, ini adalah masa yang tepat dan paling sesuai untuk kita sama2 menceburkan diri dalam perniagaan. Kita mempunyai semua kelebihan yang diperlukan yang kadang-kadang kita tak sedari. Jom cungkil potensi diri.......

3 comments:

Anonymous said...

Rutin kehidupan bagi seorang wanita yang berkerjaya; keluar dari rumah di pagi hari, seharian di pejabat dengan tugasan yang tiada penghujungnya, menghadapi kesesakan lalulintas yang memeningkan kepala dan terdedah kepada segala bahaya yang semakin berleluasa hari ini. Natijahnya, beliau terpaksa meninggalkan anak-anak dan urusan rumahtangga yang menjadi kewajiban mendasar bagi seorang isteri dan ibu. Tugasan ini hanya digalas semula apabila beliau pulang ke rumah menjelang dinihari; bertukar karektor dari seorang wanita kerjaya menjadi suri di dapur, bertungkus-lumus menyediakan makan malam untuk suami dan anak-anak, sambil membasuh dan menyidai pakaian, seterusnya menyelesaikan segala urusan rumahtangga yang terbengkalai. Kehendak suami dan anak-anak yang inginkan layanan sempurna perlu dipenuhi sebelum melelapkan mata dan kembali menjalankan rutin harian yang sama apabila celik mata pada keesokan harinya. Begitulah diari seorang ibu dan isteri yang bekerja.

Persoalannya, wajarkah senario ini berlaku? Apakah punca utama seorang wanita yang juga isteri dan ibu, keluar bekerja sehingga menomborduakan tanggungjawabnya di rumah? Apabila diteliti dengan mendalam, kita akan menyedari bahawa terdapat desakan tertentu yang memaksa wanita untuk hidup seperti layaknya seorang ‘superwomen’. Desakan yang dimaksudkan di sini sebenarnya lahir akibat keperluan untuk memenuhi tuntutan ekonomi rumahtangga yang kian membebankan di dalam sistem kehidupan sekular-kapitalisme hari ini. Contohnya, perbelanjaan pendidikan anak-anak yang semakin mencengkam, keinginan untuk memiliki keperluan sekunder seperti kereta, rumah yang selesa dan lain-lain, serta impian untuk memastikan sebuah kehidupan berkeluarga yang sentiasa bahagia tanpa belenggu bebanan kewangan. Maka, bagi yang berkemampuan, anak-anak dan urusan rumahtangga terpaksa diserahkan sepenuhnya kepada pembantu rumah. Alternatif lainnya, ada dikalangan ibu berkerjaya ini meletakkan tugas mengurusi anak-anak mereka kepada pusat asuhan ataupun menggunakan perkhidmatan ‘baby sitter’. Manakala bagi yang kurang berkemampuan untuk menggaji seorang pembantu, perkhidmatan pembantu rumah ‘on call’ juga turut disediakan. Mereka hanya perlu menghubungi agen-agen yang menguruskan perkhidmatan tersebut yang semakin mudah didapati sama ada di ruangan internet, melalui iklan-iklan yang diedarkan ataupun melalui kenalan-kenalan yang juga menggunakan perkhidmatan ini. Apapun pilihan yang dibuat, tujuannya hanya satu, iaitu untuk mengurangkan dan meringankan beban urusan rumahtangga yang agak sukar diselesaikan oleh kudrat seorang wanita berkerjaya.

Linda said...

hebatnye seorang wanita kan?? i love your honest komen..thanks dear..

iloveyoumummyiloveyoudaddy@gmail.com said...

saya belum menghadapi keadaan begitu . saya harap satu hari nanti kehidupan saya akan dipermudahkan . ;)

suka baca komen di atas ;)